Bayanherbs

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih di atas kehadiran dan kesetiaan tuan/puan. Terkini Pembayaran melalui Maybank2uPay dengan mengklik ikon di bawah:

Herbal Rimba beri kelegaan seksual

Kira-kira 2.4 juta lelaki menghadapi masalah lemah tenaga batin dan mati pucuk. Keadaan lebih ketara apabila mereka gagal memberi kepuasan seks kepada isteri masing-masing menyebabkan ramai hilang fokus terhadap seks.
Malah, ada yang takut tidur bersama isteri kerana tidak dapat melayan kerenah isteri menjadikan mereka bertambah fobia. Keadaan semakin buruk apabila ramai di kalangan lelaki malu untuk berterus terang kepada isteri masing-masing.
Kesannya, 60% wanita khususnya para isteri mengadu tidak dapat kepuasan seks yang maksimum. Rata-rata mereka mengeluh kerana pa­sangan mereka mengelakkan diri dari tidur bersama di ranjang.
Seorang penyelidik Herbal Rimba, Dr Khairil Azhar Ishak berkata masalah seksual berpunca dari beberapa fenomena yang sering dihadapi oleh kaum lelaki.
Ramai lelaki yang berusia 40 tahun ke atas sering menghadapi masalah penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis tegar menyebabkan keinginan seks mereka terjejas.
“Ramai kaum lelaki mengaku mereka menghadapi masalah seksual yang ketara. Ini ditambah lagi apabila malu untuk mendapatkan rawatan doktor,” ujarnya.
Tambahnya, selagi masalah penya­kit yang mereka hadapi itu tidak pulih, selagi itu masalah seksual akan menyelubungi hidup mereka. Mereka hilang minat terhadap seks menjadikan mereka gagal memberi kepuasan kepada isteri masing-masing.
Menurut Dr Khairil, dia terpanggil untuk membantu kaum lelaki yang menghadapi masalah seksual dengan memperkenalkan sejenis produk rawatan seksual dipanggil Herbal Rimba.
“Produk ini dapat membantu mereka yang menghadapi masalah seksual. Produk berbentuk kapsul ini mampu memberi kelegaan dan kepuasan ketika bersama isteri.
“Saya percaya ramai yang menunggu peluang ini untuk cuba memperbaiki keadaan mereka supaya dapat memberi kepuasan masing-masing ketika bersama,” ujarnya.
Produk yang diperbuat dari bahan herba tempatan ini mampu bersaing dengan produk luar negara seperti Viagra yang mendapat sambutan ramai.Katanya, Herbal Rimba merupakan ramuan herba tempatan yang tidak memudaratkan kesihatan sekali gus membantu memulihkan tahap seksual yang maksimum.
Dr Khairil juga tidak menolak ke­mungkinan ramai kaum lelaki yang berusia di bawah 40 tahun turut sama menghadapi masalah yang serupa.
 
Selain masalah penyakit, terdapat beberapa faktor lain yang menjurus kepada masalah lemah tenaga batin dan mati pucuk. Antaranya hubungan seks bebas semasa muda, kerap melakukan onani, tidak menjaga pemakanan yang sempurna dan tidak menjalani senaman.
Malah, ada juga punca menjuruskan kepada pembabitan penagihan dadah yang ketara. Mereka ini menghadapi masalah seksual yang kronik.
 
Ada juga lelaki yang menghadapi masalah seksual mempunyai keinginan seks yang tinggi. Malangnya, mereka mengalami masalah lemah tenaga batin, lebih teruk lagi mati pucuk.
Dr Khairil merupakan salah seorang pakar Perubatan Teknologi Nano mem­punyai pengalaman luas dalam masalah seksual menasihatkan mereka yang menghadapi masalah seksual segera dapatkan rawatan doktor tanpa rasa malu.
Menyentuh mengenai produk kesi­hatan Herbal Rimba, katanya produk ini mengan­dungi 10 kapsul untuk kegunaan sebulan. Setiap kapsul digunakan untuk tiga hari sekali bagi memberi kesan yang maksimum terhadap seksual.
Setiap pek mengandungi 10 kapsul dijual dengan harga RM160 manakala pek lengkap mengandungi 30 kapsul dijual dengan harga RM450.
 
Produk ini boleh digunakan pada bila-bila masa jika perlu. Sesiapa saja orang dewasa boleh menggunakannya kerana ia merupakan produk kesihatan yang ber­kesan.