Bayanherbs

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih di atas kehadiran dan kesetiaan tuan/puan. Terkini Pembayaran melalui Maybank2uPay dengan mengklik ikon di bawah:

Punca Mati Pucuk

Merokok punca mati pucuk: Pakar
(Berita Harian, Rabu – 31 Januari 2007)

New York – Tabiat merokok boleh menyebabkan lelaki mati pucuk kerana ia menjejaskan saluran darah, kata penyelidik dari Finland dalam satu laporannya. Seorang daripada penyelidik di Kolej Kesihatan Umum Universiti Tampere berkata, bagi bekas perokok pula, masalah mati pucuk boleh menjadi isyarat awal kepada penyakit saluran darah.


Lihat Gadis Bogel Antara Punca Mati Pucuk

(icrawl.org)

Internet pada masa kini yang dipenuhi banyak gambar-gambar lucah sebenarnya merbahaya kepada kejantanan lelaki dalam jangka masa panjang. Mungkin inilah antara rahsia mengapa Islam memerintahkan wanita agar menutup aurat dan mengharamkan lelaki melihat aurat wanita melainkan aurat isterinya. Wanita yang berpakaian terlalu berani dan terlalu seksi hingga membangkitkan nafsu berahi akan menyebabkan lelaki menjadi mati pucuk atau lemah zakarnya, malah boleh mengalami kanser prostat.

Gambir Sarawak Boleh Mengakibatkan Mati Pucuk

(Metro)

RAMAI lelaki taksub dengan Gambir Sarawak yang kononnya mampu menambah kejantanan ketika melakukan hubungan kelamin tanpa menyedari ia boleh menyebabkan mati pucuk jika struktur dalaman zakar rosak akibat kudis atau jangkitan kuman. Lebih teruk lagi, terdapat beberapa kes kemelecetan faraj dan vulva akibat penggunaan gambir Sarawak.

Perkara ini bukan untuk menakutkan lelaki tetapi sehingga kini, pakar botani tidak berani memberi komen berkaitan kehebatan gambir Sarawak kerana tiada kajian mengenai khasiat memberi kehebatan seks kepada lelaki dijalankan.

Tidak Cukup Tidur boleh akibatkan Mati Pucuk

(aiszone.blogspot)

Masalah tidur kronik mampu mengurangkan syahwat lelaki dan menyebabkan mati pucuk, kata seorang penyelidik seks kepada persidangan tidur antarabangsa di Brazil. Pakar kesihatan seksual Brazil, Profesor Monica Andersen, berkata gaya hidup moden menjejaskan waktu tidur dan memberi kesan buruk ke atas hubungan seks. Semakin banyak bukti menunjukkan mereka yang tidak cukup tidur kurang syahwat dan dalam kebanyakan kes, turut mengalami mati pucuk.

Onani Antara Punca Mati Pucuk

(Metro)

Ramai lelaki di negara ini berdepan risiko mati pucuk pada usia muda disebabkan menghadapi masalah batin kronik angkara perbuatan sendiri.

Ia berpunca daripada sikap ketagih melakukan onani, kerap menonton video lucah dan gemar mengunjungi pusat urut batin tidak bertauliah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan ‘ekstra’.

Lebih membimbangkan, perbuatan mereka sebelum berkahwin itu memberi kesan apabila mendirikan rumah tangga, malah ada kes dilaporkan berlakunya perceraian pada malam pertama perkahwinan.


Leteran Isteri Punca Mati pucuk

(Agensi)

ROME: Seorang lelaki Itali menuntut ganti rugi sebanyak £140,000 (RM952,000) selepas mendakwa kekerapan isterinya berleter menyebabkan dia mengalami mati pucuk.

Sergio Vinucci, dari Parma, mengemukakan bukti perubatan di mahkamah yang menyokong dakwaannya bahawa leteran isterinya menyebabkan dia amat tertekan dan membawa kepada masalah mati pucuk.

“Dia cuma tahu merungut. Ini menjadi punca saya amat tertekan dan hilang kemampuan sebagai lelaki. Saya mahukan pampasan,” katanya.